Alhamdulillah,akhirnya habis 1 semester saya di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. Saya berjaya menghadapi 1 semester yang pendek. Rasanya happy sangat sebab dapat member kelas yang sangat happening. Diaorang kawan2 yang sangat sporting. Tapi yang sedihnya ada sorang yang saya sayang nak pindah. Rasanya sedih sangat tapi disebabkan tu permintaan ayah dia so saya relakan gak dia pergi sambung belajar kat tempat lain semester depan.Tak lama lepas tau dia nak pindah ada lagi sorang dak kelas saya yang akan pindah semester depan. Orang tu abang saya. Nak tau camne dia boleh jadi abang saya. Dia boleh jadi abang saya sebab dia lahir dulu daripada saya. Dia lahir 14/1. Saya lahir 31/1. So,sejak tu la saya panggil dia abang. Apa2 pun saya harap diorang berdua akan berjaya walaupun diorang teruskan pelajaran diorang kat tempat lain. Mudah mudahan urusan diorang dipermudahkan. Tapi hakikatnya saya sedih sangat sebab dua2 tu orang yang saya sayang and rapat ngan saya. Anyway guys,i'm happy with both of you. I hope that both of you will sucsess in new place. Thanks a lot beause be my friends although it only in a semester.
Class rep & Ass.class rep
My classmate
3 beradik The only guy in this pic is 'my abang' and another one is 'my sis'
p/s :Germs may be precious,but friends are priceless.
Fuh!! Lama betul saya dh tak tulis apa2 kat blog ni. Dah berhabuk rasanya blog ni. Ok sebenarnya dah macam2 yang terjadi sepanjang beberapa bulan ni. Selepas dapat keputusan SPM saya dapat tawaran belajar kat UiTM JB,Larkin. Masa mula2 sampai sana pergh rasa macam aku ni balik asrama semula ke??!! Nak tau sebab apa saya rasa camtu??!! Sebabnya kawasan kampus tu kecik sangat. Tak macam kampus UiTM yang lain. Yang bestnya ape tau. Kat dalam kampus tu ada sekolah rendah agama. Memang kelakar gila la. Tapi bila dah lama2 rasa seronok sangat. Dapat pulak dak2 kelas yang memang best. Sume otak gila2. Memang rasa heaven la. Saya amik kos banking kat sana. Boleh tahan la jugak amik kos tu. Agak menyeronokkan jugak la amik kos tu. Member kat sana pun seronok. Dak2 1 dorm tu pun otak gila2. Seronok sangat rasanya dapat kawan2 yang camtu. So kesimpulannya memang seronok la belajar kat situ. Sebenarnya dah tak tau nak tulis apa. So sampai sini je la ceritanya.hehehe :)
Ni la member 1 dorm
p/s: Kehidupan di universiti berbeza dengan sekolah. Jadi kita perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Hm,ingat lg x sy pernah cite hobi sy sekarang ni suka kumpul komik.So,hari ni sy nak cite skit pasal komik2 tu. Sy sekarang ni baru ada 13 komik je.Al maklum la baru je mula nak kumpul.So,ni adalah antara komik2 yg best yg saya baca :-
Sasaki Ryuji & Nozomi Okada
143 Kaoru's Cake House ni sebenarnya novel dlm bentuk komik
Alivia
Bennett Gordon
Shawn
Komik2 yg sy tunjuk ni memang best.Terutamanya 'Maid Maiden' hasil karya Kaoru.Sekarang ni sy tengah tunggu 'Maid Maiden Thursday'.Tak sabar rasanya nak baca sambungannya.
Cerita Maid Maiden ni mula bila Alivia mula nak mencari putera impian.Putera impian dia tu sebenarnya orang yg dah selamatkan dia so sebab tu la dia nak cari.Tapi tiba2 family dia jatuh bankrap.So dia x boleh la nak masuk ke Adam Gordon High School. Sekolah tu bayarannya mahal.So,si Alivia ni pun curi2 masuk sekolah tu.Pastu dia terserempak dengan Bennett,anak kepada pemilik sekolah tu.Bennett dapat tau masalah dia.So,Bennett janji yg Alivia boleh sekolah kat situ tanpa perlu bayar apa2.Tapi dengan syarat Alivia jadi girlfriend dan ikut perintah Bennett.So, kat situ la bermulanya cerita tersebut.Kalau nak tau dengan lebih lanjut baca la sendiri.So kalau nak baca kena la beli.hehehe.
Kalau korang sume x nak beli komik ni,korang boleh baca gak katGempakStarz.Gempak Starz ni kat kedai runcit yang ada jual buku pun korang boleh jumpa.So x yah la susah2 nak pergi kedai buku.hahaha.So apa lagi. Mula la baca komik.Bukan mahal pun.Tapi jangan la beli komik yang bukan2 plak. Kadang2 dari komik pun kita boleh dapat pengajaran tau.Tapi kena hayati betul2 la apa yg korang baca tu.Baca komik ni benda yg menyeronokkan.So, memang x rugi la kalau korang baca.So semoga korang berminat untuk baca komik.hahahah.ish2x.Apa yg 'aku' ajar ni.wawawawa.
Rasanya dah lama sy x update blog ni.Nak kata sibuk tu x de la sibuk sebenarnya.Cuma malas je nk update.hahaha.So hari ni mood sy dah datang untuk update blog yang dah lama x dijenguk ni.Sepanjang dok kat uma ni x de apa pun yg saya buat sebenarnya.Macam biasa la,kemas uma,tengok tv n melayari internet.Senang citer tanam anggur la kat uma.Sy x keje pun.Sy ada dapat keje jadi cikgu tadika tapi keje sy pegi bila ada cikgu yg cuti je.So kalau x de cikgu cuti saya dok kat uma je la.hahaha.
Sy dah dapat lesen kete 1 bulan yg lepas.Ayah sy pun ada belikan kete untuk saya.Kete persona je.Tapi memendangkan yang saya ni x suka keluar uma.So kete tu jarang2 la menjalankan tugasnya.Kesian kan kete tu.hahaha.Tapi apa2 pun.Thanks abah sebab belikan kete tu.hahaha.
Ha!!sy pn dah dapat keputusan SPM.Keputusan sy x de la bagus sangat.Tapi sy tetap bersyukur. Alhamdulilllah.Nak bagitau ke x kat sini.hehehe.x perlu la rasanya.Biarlah rahsia.huhuhu.So sekarang ni sy cuma berharap ape yg saya mohon kat borong UPU tu dapat la.Doa2 kan la ya.Amiin!!!
Sepanjang cuti ni sy dah ada hobi baru iaitu mengumpul komik.Setiap kali sy keluar pegi jalan2,sy mst akan cari kedai buku.Pastu sy akan beli la komik yg sy minat.Kadang2 sy ada gak beli novel baru.hahaha.Tapi baru beli je mesti sekejap je sy dh habis baca sume buku tu.So kadang2 sy rasa macam x cukup je buku yg saya beli tu.Padahal masa beli buku tu harganya mesti hampir RM100.So sebab tu la yang membataskan saya daripada beli buku lebih dari 10.hehehehe.
So daripada banyak2 buku yang saya baca sumenya best.Tp sy ada baca buku "Versus" karya Hlovate. Buku tu memang best.Buku tu cerita pasal budak2 street berubah jadi baik.Kat sini sy bukan la nak cite pasal buku tu.Kalau nk tau cite selanjutnya sila la beli sendiri ya.hehehe.Sy sebenarnya nak cite pasal lagu yg ada dalam buku tu.Tajuk lagu tu,"Menjemput Bidadari".Lagu tu memang bagi maksud yg cukup mendalam.So sape2 yg nk kawin boleh la dengar lagu tu untuk dijadikan keyakinan pada diri.
Best kan dengar lagu ni.Ada cite pasal Zulaikha n Nabi Yusuf,Nabi Adam n Hawa.So kita boleh amik pengajaran dari lagu ni.Thanks kepada karya Hlovate sebab bagitau sy ada lagu ni.hehehe.Sebenarnya dalam karya Hlovate ada banyak lagu best.Karya dia pun best.So kalau sape nak tau camne best nya karya dia kena la beli.Antara karya dia ialah :-
aA+bB
[tunas]
Versus
Gurindam jiwa
5 Tahun 5 Bulan
Rooftop Rant
Pelangi
So beli jangan x beli.Tak rugi pun kalau beli sebab cite dia memang best. hehehe.Lagi pun sekarang kan kerajaan galakkan rakyatnya membaca.So apa salahnya kita laksanakan saranan kerajaan tu ya tak.Sape lagi yg nak bangunkan negara kita kalau bukan kita sendiri.
p/s:"The more that you read, the more things you will know.The more you learn, the more places you'll go."— Dr. Seuss, "I Can Read With My Eyes Shut!"